Monday, April 28, 2014

Peranan Al-quran dalam teknologi

Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan menelitifenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membinasuatu tamadun yang sempurna.

Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yangdiciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semuaaspek kehidupan.
Allah berfirman yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmemudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmelimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin. ”(Surah Luqman: 20) .
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokohIslam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraansehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.

Sumber: http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi

No comments:

Post a Comment