Monday, April 28, 2014

Pembentukan besi dalam Al-Quran

Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatanyang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25) 
Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu SurahAl-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman “waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”.

Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi.Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruangangkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada matahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius.

Apabila besi mencapai amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atau supernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan keseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengankandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di pusat bumi Allah telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid ” (padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti.

Firman Allah selanjutnya pada Al hadiid (ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang perludisebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah yang berfungsimengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudiandihantar oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allah memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi.

Sumber: http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi

No comments:

Post a Comment