Sunday, April 27, 2014



      Sesungguhnya Al Quran merupakan kitab mukjizat yang sangat hebat dan mempunyai pelbagai khazanah agung yang masih belum dapat diterokai oleh manusia. Sehingga kini, pelbagai tafsiran, kupasan, perbahasan dan kajian yang dilakukan oleh ulama, Cendiakawan  dan para ilmuan, sama ada dari kalangan orang-orang Islam ataupun bukan Islam terhadap Al Quran, tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan kajian itu akan berakhir. Lazimnya, kajian tentang Al Quran ini melibatkan cara penggunaan bahasa dalam struktur perkataan dan penggunaan sesuatu ayat, fakta-fakta sejarah yang dikemukakan walaupun tidak dinyatakan tarikhnya, fakta biologi yang melibatkan kejadian manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan kehidupan seni, fakta sains yang melibatkan kejadian alam, perubahan siang dan malam, pergerakan bumi, pancaran cahaya matahari, cahaya bulan, kerlipan bintang dan lain-lain lagi, di mana kajian yang dilakukan itu masih belum ada tanda-tanda titik noktahnya. Isi kandungan Al Quran yang tidak pernah berubah sejak ianya diturunkan dan saranannya sentiasa relevan dengan setiap peralihan zaman menyebabkan para pengkaji semakin ghairah untuk menerokai khazanah yang masih belum ditemui.  Ketika Al Quran diturunkan pada kurun keenam Masehi, di sana belum terdapat kajian yang mendalam dan masyarakat ketika itu tidak mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi. Kajian mengenai pelbagai rahsia kejadian alam bermula pada kurun kesembilan dan rumusan dalam kajian tersebut menepati maklumat yang dikemukakan Al Quran. Penemuan baru sains dan teknologi pada hari ini yang berasaskan kepada sumber Al Quran adalah bukti yang paling nyata bahawa setiap ayat dan susunan perkataannya mengandungi hikmah dan rahsia tersendiri mukjizat dari Allah Ta’ala:

الر  تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ


Maksudnya: “Alif, Lam Raa' ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmah-hikmah (kebenaran yang tetap teguh)” (Yunus: 1).

   Sesungguhnya khazanah ilmu yang terdapat dalam Al Quran mendahului zaman memandangkan fakta sains dan teknologi yang ada di dalamnya adalah terbukti benar. Di antara Cendiakawan  yang terkenal terlibat dalam kajian sains dan teknologi Al Quran ialah Ibn Sina terkenal dalam dunia perubatan sehingga kitabnya ‘Al Qanun Fi Al Tibb’ telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialih-bahasa ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘Precepts of Medicine’. Tidak sampai seratus tahun, kitab itu telah dicetak ke dalam lima belas bahasa dan pada abad ketujuh belas, kitab tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis  malah sehingga abad kesembilan belas, kitab itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Al Zahrawi dikenali sebagai ‘bapa pembedahan Islam’ dan beliau mengemukakan kaedah pembedahan dalam kitabnya ‘Al Maqalah Fi Amali ‘Ala Fanni Al Jarahah’ dan kitab ensklopedianya ‘Al Tasrif liman ‘Ajaza Ani Al Ta’lif’ yang menyatakan tentang kedoktoran, pembedahan dan perubatan mengenai pembidanan, pembedahan mata, telinga dan gigi. Ibn Haitham terkenal dalam bidang optik,  beliau telah berjaya mengilatkan kanta bagi membuat mikroskop dan membuat kesimpulan bahawa pembesaran kanta berkait rapat dengan kadar kecembunganya. Al Khawarizmi dikenali sebagai bapa algebra terkenal dalam bidang matematik, beliau menghasilkan buku pertama di dalam algebra yang dinamakan ‘Aljabar Wa Al Muqabalah’ mengandungi himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Al Biruni terkenal dalam bidang astronomi dan beliau menulis sebuah kitab ‘Rasa'l Al Biruni’ sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik, kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan. 






       “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta sekalian mahluk, Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku.
Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah: yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1-5).
Galakan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sains, teknologi dan intelektual terus dipacu semasa zaman kegemilangan islam.



http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2011/01/al-Quran.jpg


Dengan berbekalkan teori serta pengatahuan yang terdapat dalam al-Quran, cendiakawan Islam menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

  Pada ayat2 al-Quran diturunkan, tidak siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat 61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil.
Cendiakawan Islam yang mengkaji al-Quran menggunakan maklumat berkenaan bagi meneroka ilmu sains sehingga mencapai zaman kegemilangan tamadun islam ada abad ketujuh hijrah. Ketika itu umat islam mula menunjukkan minat kearah mengkaji dan mempelajari ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.


http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2011/01/minda-e1295786558396.jpg


Sesungguhnya ilmu yang digali di dalam al-Quran mendahului zamannya memandangkan fakta sains yang dibawa terbukti benar. Sehinggalah menjelang abad kesembilan Hijrah, semakin banyak fakta di dalam al-Quran semakin menyakinkan sehingga kegemilangan sains dan teknologi dalam tamadun semakin bersinar.
Ketika itu nama2 ilmuan dan saintis Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dalam dunia perubatan sehingga bukunya masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini, Ibnu Haitam dalam bidang optik al-Khawarizmi cendiakawan terkenal dalam bidang matematik dan al-Biruni dalam bidang astronomi banyak membantu dalam kemajuan sains dan teknologi sehingga kini.
       Bagaimanapun nama mereka seakan tenggelam dan semakin hilang dengan nama2 Barat seperti Isacc Newton, Charles Darwin, Aristotle, Leonardo da Vinci dan Galilieo Galilie. Malah sebenarnya Ibnu Haitam lebih dahulu menemui teori graviti sebelum Isacc Newton menjadikan sebagai teori.
Jika sejarah mengatakan Wilbur Wright dan Oliver Wright merupakan manusia pertama memperkenalkan konsep penerbangan tetapi sebenarnya Ibnu Firnas bukan sahaja telah meneroka konsep berkenaan tetapi juga menjalankan kajian mengenai cakerawala 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci.





http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2011/01/ilmuwan-islam-e1295786704352.jpg


   Bukan sahaja itu, cendiakawan islam juga terkenal dalam pelbagai ciptaan dan inovasi termasuk menghasilkan ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan bagi memisahkan benda asing dalam campuran cecair.
Cendiakawan Islam juga terlibat membina balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijirin serta kereta perisai.
Amat malang kegemilangan tamadun Islam tidak terus bersinar tetapi terus malap dan padam ketika berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
Ketika itu pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada Alhazen, al-Khindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes.

    Tidak dapat dinafikan kajian serta perkembangan ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi tidak lagi didominasi umat islam.
Malah zaman kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang dan dibanggakan pencapaiannya. Kini manusia termasuk umat Islam lebih mengenali ilmuan Barat dalam pelbagai bidang.
Dari segi definasi “Teknologi” ianya membawa maksud “aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan,perniagaan, dan lain2, sains gunaansementara islam adalahtunduk dan patuh pada perintah Allahkedua-dua istilah itu di rujuk pada kamus dewan bahasa dan pustaka.

http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2010/07/3d-digital-cyborg-technology.jpg


Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud aplikasi Sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walaubagaimanapun teknologi atau ciptaan alat2 teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamadun barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai barat berserta cara hidupnya.
Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara2 Muslim berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing2 seperti teknologi nuklear di Pakistan  dan sebagainya tanpa benar-benar memahami apakah tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan permodenan seringkali di kaitkan dengan idea2 seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan2 seperti untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”
Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun dan nilai2 barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup barat berserta idea-ideanya dan idea2 barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea2 barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.
Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamadun/nilai2 barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang2 material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat2 dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat2 komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat2 tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana2  tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat2 materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung2 yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung2 ukiran zaman renaissance.

http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2010/07/Futuristic_Technology_Backgroud-e1278401258696.jpg


Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamadun barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamadun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat2 materi tetapi tamadun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau idea2 yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat, kapitalisme. Maka, idea2 seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman), women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari tamadun/hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai2 Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara2 barat itu sendiri.

    Teknologi perlu difahami sebagai bahan2 material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea2 yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana2 tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara2 sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat2 perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea2 koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60

 “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)


http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2010/07/ilmuan-islam.jpg

   Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang2 material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. Al-Qur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? ” (Luqman:20 )


“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)”. (Ibrahim: 32)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi
orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al-A’raaf:32)


   Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta.
Walau bagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat2 teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat2 material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea2) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea2 tersendiri yang bertentangan dengan hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya.
Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara2 barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamadun barat untuk mencapai kemajuan.


http://hairilhazlan.com/wp-content/uploads/2010/07/Al-Jazari_automatic_clock-e1278401338725.jpg

Tamadun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita.
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imran:85)




No comments:

Post a Comment