
Al -Khwarizmi pula tertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah “berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.”
Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan "Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air dua silinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.

Sumber: http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi
No comments:
Post a Comment